Bahagia Sekarang

Bahagia Sekarang

Bismillah

"Kalau aku kaya, baru aku nak sedekah."

Pernah baca ayat itu? *senyum.


"Andai kita tidak bersyukur dengan yang sedikit, belum tentu kita bersyukur dengan yang banyak."

Andai diadaptasi,

"Andai kita tidak bersedekah dengan yang sedikit, mana mungkin kita bersedekah apabila peroleh yang banyak."


Oleh sebab itu sebaiknya mulakan bersedekah, walau di saat ini pendapatan yang kita peroleh sedikit.

Insya-Allah dengan mulakan displin sedekah, walau dalam keadaan pendapatan kita sedikit, kita akan lebih berdisplin sedekah apabila telah peroleh pendapatan yang lebih banyak.

Antara perkataan sifu saya,
“Bahagia bukan hanya ketika sampai destinasi, tetapi cipta bahagia ketika dalam perjalanan menuju destinasi.”
Kerana, andai kita dalam perjalanan pun sudah merasa bahagia, insya-Allah setelah sampai destinasi pun kita tetap bahagia.

Ia adalah kerana, segala zarah kita telah terbiasa dengan energi bahagia. Jadi, setelah sampai destinasi, zarah energi bahagia itu lebih berkembang berbanding biasa.

Dalam hal sedekah, insya-Allah apabila kita telah biasa bersedekah ketika mempunyai pendapatan yang sedikit, kita akan tetap bersedekah malah meningkatkan kuantiti sedekah, apabila telah mempunyai pendapatan yang banyak.


0 Response to "Bahagia Sekarang"

Post a Comment