Bismillah.
Abdullah bin Umar berkata:
“Apabila kamu berada pada waktu petang, janganlah kamu menanti pagi dan apabila kamu berada di pagi hari janganlah kamu menanti petang.” (Hadis Bukhari)Seringkali kita berimpian bahawa,
"Esok masih ada."
Andai kita ada sikap begitu, ia bermakna, kita tidak letakkan Mati pada bila-bila masa. Yakni, kita yakin kita hidup pada hari esok. Oleh sebab itu, kita akan ada etika bertangguh.
Orang yang sentiasa sedar tentang mati, adalah orang yang akan energetik untuk melakukan yang terbaik pada tiap masa. Mati menjadi motivasi mereka untuk sentiasa manfaatkan masa.
Kerana mereka sedar,
"Esok mungkin tiada lagi untuk masa akan datang."
Adakalanya oleh sebab kita tiada displin fikirkan tentang mati, kita sering meletakkan alasan untuk melewatkan sesuatu tugasan
Antara skrip biasa:
"Nantilah."
"Kejap lagilah."
Merancang Itu Mendesign Produktiviti
Walaupun begitu, tidak sepatutnya kita abaikan untuk merancang. Orang yang memanfaatkan masa, kebiasaannya ada To Do List yang ditulis sebelum tidur, atau di pagi hari sebelum bekerja.
Agar harinya sentiasa dimanfaatkan sebaiknya. Insya-Allah.
Contoh, dengan menulis impian, kita ibarat menghantar doa kepada Allah untuk dimakbulkan. Atau mungkin nanti kita salahkan Allah kerana tidak beri kehidupan yang kita nak. Sedangkan kita yang tidak minta.
Allahu akbar T_T
Insya-Allah dengan merancang jadual kita pada hari esok, ia membantu kita menjadi orang yang produktif.

0 Response to "Jangan Bertangguh"
Post a Comment