Jodoh: Hawa, tunggu sahaja?
Kata sahabat lelaki,
"Korang sanggup tunggu eh, sehingga ada orang lamar? Tunggu tanpa korang yang 'gerak' dulu?"
Terdiam ...
"Tak boleh macam itu. Penting untuk usaha daripada pihak hawa juga. Kalau jumpa calonnya, sebaiknya utarakan hasrat melalui orang ketiga."
Sahabat hawa menambah,
"Ramai sahabat solehah yang layak mendapat si soleh. Cuma persoalannya, mungkin ada ego untuk tidak bertindak dahulu. Namun, apa kesudahannya? Hatta Khadijah yang melamar Muhammad.
Adam dan hawa sama. Pasti di saat adam melamar seorang hawa, ada potensi lamarannya ditolak atau diterima. Begitu juga dengan seorang hawa. Yang penting, redha dan usahakan seterusnya.
Berjumpa orang yang salah, insya-Allah penanda berjumpa dengan yang tepat untuk kita. Andai tidak kerana 10,000 kali cubaan pencipta mentol, pasti kita tiada mentol sekarang.
Mungkin di saat kita telah berusaha, itu adalah kali ke 99. 100 kali itu adalah saat kita berjaya. Oleh sebab dah 99x berusaha, kita take for granted 100x tak berjaya."
Takkan pernah kalah selagi tidak menyerah. - Pahrol Mohamad JuoiÓ
Ada sebuah pasangan berkahwin yang minat menulis. Geng-geng penulis.
Apabila ditemuduga, rupa-rupanya isterinya dahulu yang mulakan untuk taa'ruf. Alhamdulillah beruntung isterinya. Suaminya, bercakap pada nada lembut.
Kalau marah pun, kita tak rasa dia marah. Namun, kita akan rasa dia tegas. Jarang saya jumpa lelaki yang bercakap pada nada lembut. Kalau dengar, masya-Allah kena banyak ber-istighfar.
Kalah nada hawa. Allahu akbar.
Nah! Beruntung bukan isterinya? Insya-Allah lelaki itu juga, soleh orangnya. Suit + sweet.
Kata keramat Puan Ainon Mohd. (ayat lebih kurang, maaf, lupa ayat exact),
"Jangan kerana nak jimat RM1, kita rugi RM100."
Diadaptasi,
"Jangan kerana menjaga ego selama 63 tahun (average umur manusia), kita rugi membina legasi untuk ummah (anak soleh), yang boleh bertahan lebih 100 tahun. Insya-Allah."Kalau hidayah, kita sering baca pepatah,
"Hidayah bukan ditunggu tapi dicari."
Sama juga halnya.
"Jodoh buka ditunggu tapi dicari."
Lain orang, lain caranya. Wallahu alam.
Insya-Allah itu antara pengajaran 23 tahun hidup yang dikongsi oleh seseorang. Walau 23 bukanlah umur yang tua untuk kahwin, tapi ia adalah umur yang sesuai untuk berkahwin.
Atau mungkin, andai kerana terlalu ego, beliau mungkin telah mendrag umur 23 kepada 32 tahun. Nauzubillahi min zalik.

0 Response to "Hawa - Tunggu Sahaja?"
Post a Comment