"Orang yang kita sayang, belum tentu mampu sayang kita sebagaimana kita sayang dia. Namun insya-Allah orang yang sayang kita, mampu jaga kita sebaiknya.
Malah mungkin, menyayangi kita lebih daripada dirinya. Justeru, pilih orang yang sayang kita. Insya-Allah kita akan dijaga sebaiknya."
Sebaik-baik pewaris adalah Allah.
Andai di saat kita sakit, ibu kita sanggup datang kepada kita daripada jauh, namun kasih sayang Allah terhadap kita lebih daripada itu.
Andai di saat kita terluka, tiada orang lain yang lebih memahami hati kita selain daripada Allah.
"Tidak pernah kecewa orang yang bercinta kerana Allah." - Ustaz Pahrol Mohamad Juoi di Seminar Baitul Muslim 3.0
Kadang-kadang, Allah tak cakap pun Dia sayang kita. Namun, kita dapat menilai daripada nikmat yang Allah beri.
Apabila kita minta kekuatan, Allah beri ujian, agar dengan itu kita jadi orang yang kuat.
Apabila kita minta kegembiraan, Allah sentiasa menjadi peneman. Walau kita tak nampak, Dia tetap ada. Andai kita fikir kita bersendirian, fikirkan ayat ini,
"Dan Dia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada." (57: 04)
Betapa Allah sentiasa ada bersama kita. Walau Dia ada trillion hamba-Nya yang lain. Betapa hebatnya Allah. Masya-Allah.
Apabila kita minta peneman, adakalanya Allah buat kita tidak dapat fikirkan sesiapa pun. Agar dengan itu, kita hanya teringat untuk luahkan pada Dia.
Adakalanya terasa bersalah kepada Allah. Betapa banyak hadiah Allah beri kepada kita tiap hari, namun berapa kali kita bersyukur pada tiap nikmat itu.
"Maka nikmat yang mana yang kamu dustakan?"
Petikan 7 Petala Cinta,
"Sesungguhnya, jika tidak kerana kurniaan Allah dan rahmat dari-Nya, nescaya tidak ada seorang pun daripada kamu yang bersih. Iaitu bersih daripada perbuatan keji dan mungkar selama-lamanya. Sebab itu cinta bukan melemahkan, tetapi menguatkan."Allah tidak lihat betapa banyak kali kita berdosa. Namun Allah lebih lihat, berapa kali Allah kembali kepada kita semula.
Dikisahkan dalam surah Mariam. Di saat Mariam sarat mengandung, Allah tetap minta Mariam goncangkan pokok kurma. Walhal ketika itu Allah tahu, Mariam tidak mampu.
Allah hanya ingin melihat usaha, bukan hasil. Kerana sesungguhnya hasil itu datang daripada Dia.
Dengan itu, atas alasan apa kita perlu pisahkan Allah dalam kehidupan seharian? Insya-Allah itu antara pengajaran yang saya belajar di universiti kehidupan.

0 Response to "Sinergi Dengan Allah Dalam Segala Perkara"
Post a Comment