(Bersambung daripada tentang Longetivity - Masa Kehidupan)
4 Sebab Penting Mengapa Mahu Jadi Kaya ...
Menurut T. Harv Eker, daripada buku Secrets of the Millionaire Mind, ada 4 perkara penting untuk difikirkan 'Mengapa Mahu Jadi Kaya?'1. Lifestyle
2. Longevity
3. Contribution
4. Who You Become
3. Contribution (Sumbangan)
Selepas kita dah selesai tentang Lifestyle dan Longevity, seterusnya yang penting adalah Contribution. Ini adalah bahagian untuk kita memberi kepada orang lain, setelah kita beri pada diri sendiri.Fikirkan 70 perkara apa yang kita mahu sumbangkan kepada orang lain setelah jadi kaya.
"Erti hidup pada memberi." - Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
Allah lihat usaha bukan hasil.
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang hendak tidur dan berniat untuk bangkit bagi mengerjakan Solat Sunat Tahajjud, kemudian tidurnya terlajak sampai ke pagi, maka dicatat niatnya itu sebagai satu pahala, manakala tidurnya pula dikira sebagai kurniaan Allah yang diberikan kepadanya.” (Riwayat al-Nasa’i dan Ibnu Majah r.a.)Kita boleh renung, walau kita berniat tahajud namun terlajak bangun, Allah tetap beri pahala kepada siapa yang berniat.
Dengan izin Allah, 70 idea sumbangan yang kita telah tulis, akan memberi mementum yang sangat kuat, untuk persoalan,
"Mengapa kita perlu jadi kaya dan berkat."
Ada kemungkinan sebab 70 sumbangan itu boleh mengalahkan 70 why. Lain orang, lain fikirannya.

0 Response to "Contribution"
Post a Comment