4 Sebab Penting Mengapa Mahu Jadi Kaya ...
Menurut T. Harv Eker, daripada buku Secrets of the Millionaire Mind, ada 4 perkara penting untuk difikirkan 'Mengapa Mahu Jadi Kaya?'1. Lifestyle
2. Longevity
3. Contribution
4. Who You Become
1. Lifestyle
Ada 1 quote yang pernah dibaca,"Kekayaan adalah suatu keadaan kita dapat buat apa sahaja, di mana sahaja, beli apa sahaja dengan siapa yang kita mahu luangkan masa."
Antara keperluan orang Islam menjadi kaya adalah, agar dapat mengutamakan yang Utama. Iaitu agar kita dapat fokus pada Dia yang satu.
Apabila tiada isu duit, kita akan lebih tenang, untuk melakukan ibadah, tiada isu terkejar-kejar tentang duit, apabila kita sudah capai tahap kebebasan kewangan.
Clarity - Kejelasan
Bagi mewujudkan momentum, penting untuk kita jelas dengan sebab, mengapa kita mahu jad kaya.
Semakin jelas kita dengan sesuatu perkara, lebih faham tindakan seterusnya.
Contoh, kita tidak merancang aktiviti pada hari ini. Di saat bangun waktu pagi, seterusnya datang kerja, kebiasaannya apa yang berlaku adalah,
"Aku nak buat apa ek hari ini?"
Hasilnya kita tiada fokus atau visi pada hari itu. Dan potensi untuk mensia-siakan masa adalah tinggi. Di saat merenung kunci dalam sesebuah organisasi untuk meningkat maju dengan lancar adalah kejelasan.
Yakni, jemaah dalam organisasi itu jelas dengan visi syarikat, visi sesuatu projek dilakukan. Dan berkurang kes salah faham, tidak sinergi satu jabatan dengan jabatan yang lain.
Else, apabila berlaku salah faham, ada potensi konflik berlaku. Citanya, tak jelas sahaja dengan visi, namun ia mampu menimbulkan konflik yang besar. Nauzubillahi min zalik.
Visi Menjadi Kaya
Apabila ditanya 'reason' mengapa nak jadi kaya, maka jawapan standard adalah:-
- Nak bawa parent pergi haji / umrah
- Nak bantu orang islam
- Nak bantu keluarga
- Lain-lain
Dan segala jawapan ini biasanya tidak membawa kepada momentum + consistency yang berterusan. Biasanya apabila terdapat halangan-halangan manusia akan berputus asa.
"Insan berjaya bukan sebab mereka hebat, namun kerana mereka sentiasa istiqamah." - Sifu Siddiq
- Nak bina plan - mudah
- Nak demolish plan - mudah
- Nak hilang fokus - mudah
- Namun nak istiqamah - susah
Kata seorang motivator,
"Susah tetapi boleh."
Menurut kajian manusia, apabila inginkan sesuatu, akan mati-matian dapatkannya. Apabila manusia tiada keinginan, manusia akan beri 1001 alasan.
Kata pepatah,
'Hendak 1000 daya'
Mengikut pengalaman, the moment manusia 'memberi alasan', saya tahu manusia itu tiada kesungguhan. Dan berdasarkan pengalaman, apabila manusia memberi alasan, tiada apa - apa perubahan akan berlaku.
Justeru nak buat apa?
Baik. Ada banyak perkara yang penting untuk kita jelaskan. Contoh,
1. Mengapa nak jadi kaya?
2. Mengapa nak kahwin?
3. Mengapa nak buat bisnes?
Tiap perkara yang kita lakukan, penting ada kejelasan. Yakni, kita jelas sebab kenapa kita lakukan sesuatu. Hari ini nak buat apa dan sebagainya.
Andai dalam impian, kita jelas, 100 tahun lagi apa kita nak lakukan? Apa yang kita nak ada sebagai legasi kita? Suatu yang saya pernah baca,
"Semakin banyak sebab kita melakukan sesuatu, semakin tinggi momentum kita melaksanakannya."
Plan Tindakan
Justeru, untuk perkara pertama,
"Tulis 70 sebab - kenapa aku MESTI kaya. Tulis apa kita akan buat selepas RM1 juta dah ada dalam akaun Maybank."Tulis. Dan simpan sendiri. Jadikan ia asbab kenapa perlu ubah comfort zone sekarang. Andai masih tidak nampak, cari sebab itu. Tulis sebanyak-banyaknya.
Agar kita jelas,
"Pentingnya aku jadi kaya."
Insya-Allah. Else kita akan terkebil-kebil.
"Kenapa nak jadi kaya?"
"Ada banyak duit."
"Berapa RM?"
"Banyak."
"Berapa banyak tu? Nak berapa sebulan? Nak ada berapa RM simpanan?"
Semakin jelas kita dengan sesuatu, insya-Allah ia akan memberikan momentum luar biasa untuk kita mencapainya.

0 Response to " Lifestyle"
Post a Comment