(Bersambung daripada tentang Contribution - Sumbangan)
4 Sebab Penting Mengapa Mahu Jadi Kaya ...
Menurut T. Harv Eker, daripada buku Secrets of the Millionaire Mind, ada 4 perkara penting untuk difikirkan 'Mengapa Mahu Jadi Kaya?'1. Lifestyle
2. Longevity
3. Contribution
4. Who You Become
4. Who You Become
Success = journey.Kebanyakan orang mungkin akan fokus pada material fizikal. Contoh, rumah, kereta apa. Namun penting juga untuk kita design, "Siapa kita?" ketika tu.
Contoh:
(Mindset) Cara fikir kita pada masa itu?
(Character) Cara tingkah laku / akhlak kita pada masa itu?
(Habit) Kebiasaan kita pada masa itu?
Andai kita ada RM 1 juta ke dalam akaun Maybank kita, apa yang kita mahu lakukan dengan duit itu?
- Apa yang kita nak fikir sebelum tidur malam?
- Bagaimana cara kita akan tidur?
- Apa warna pakaian kita sebelum tidur?
- Adakah impian kita untuk bangun tahajud 12 rakaat setiap hari?
- Adakah kita solat awal waktu?
Siapa kita dalam proses itu adalah perkara yang lebih penting.
Sinergikan antara dunia dan akhirat. Jangan fikir tentang dunia sahaja.
Amalan wajib kena buat
Duit itu amanah
Anak isteri juga amanah
Kata pepatah,
"Tak dapat buat semua, jangan tinggal semua."
Lakukan perubahan sedikit demi sedikit. Biar tak semua asal ada.
"Orang yang berjaya bukan orang yang hebat. Tetapi orang yang istiqamah." - Sifu Siddiq
Sabda Rasulullah S.A.W;
"Wahai manusia, laksanakanlah amalan-amalan menurut kemampuan kamu. Sesungguhnya Allah tidak akan bosan sebelum kamu merasa bosan. Sesungguhnya amalan yang paling disukai Allah, ialah amalan yang ringan namun berterusan." (Hadis Riwayat Muslim)

0 Response to "Who You Become"
Post a Comment