Perhatian Manusia VS Allah

Perhatian Manusia VS Allah














Bukan hanya ibadah, tetapi ujian juga lebih baik disembunyikan. Seringkali kita melihat ramai orang 'update' masalah yang dihadapi. Ini tidaklah salah atas alasan ingin mendapat pandangan, berbincang dan sebagainya.

Yang menjadi masalah adalah, adakalanya kita suka meluahkan, kerana nak dapat simpati manusia.

Baik.

Bagaimana jika tidak dapat? Ada suatu kisah. Seorang muslimah meluahkan rasa sakit kerana demam di Facebook. Malangnya, oleh sebab orang yang komen, tidak faham kondisi beliau, orang itu telah tertawakan beliau.

Mengikut kondisi, sepatutnya mood yang diberi oleh orang yang komen, adalah mood sedih. Tetapi yang diberi adalah mood mengetawakan orang. Yang menjadi suatu perasaan yang tidak enak pada muslimah itu.

Ada sahabat berkongsi tentang tiap daripada kita ada 2 jenis manusia:


1. Great energy giver

Great energy giver adalah orang yang apabila sesuatu berlaku kepada seseorang, dia menjadi penceria orang itu.

Contoh, dalam sebuah ofis. Semua orang masam apabila masuk ofis. Seorang great energy giver akan menceriakan ofis walau hanya dengan senyuman, gurauan yang menghidupkan gelak tawa dalam ofis itu.

Hasilnya, ofis menjadi suasana yang ceria dan membahagiakan.


2. Great energy absorber

Great energy vacuum adalah orang yang menyedut energy orang lain. Contoh, seorang sahabat maya kita sedang seronok cerita tentang jadi jutawan.

Seorang great energy absorber akan komen seperti ini,

"Semoga berjaya :) " ... dengan niat menyindir

"Tak yah nak poyo sangatlah, kerja pun malas. Hahaha"

Boleh nampak bezanya? Renung, kita orang yang mana satu. Yang pertama atau kedua?

Insya-Allah didoakan kita adalah orang pertama, iaitu seorang great energy giver.

Justeru, yang sebaiknya adalah kita mengadu kepada Allah. Walau Allah tak balas direct, tetapi jawapan Allah sentiasa menyenangkan. Semakin rapat dengan Allah, insya-Allah semakin tenang rasa hati.

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Surah Ar Ra'ad: 28)
Tidak akan pernah gelisah, apabila rapat dengan Allah. Hanya tenang. Insya-Allah. ^_^


0 Response to "Perhatian Manusia VS Allah"

Post a Comment