Refresh Niat

Refresh Niat




















Tiap hari penting untuk sentiasa refresh niat. Sama ada dalam belajar, bisnes, kehidupan, perkahwinan, dan bersilaturrahim secara maya.

Contoh, dalam pembelajaran.

Belajar kerana nak kerja hebat-hebat semata-mata, atau di samping untuk mendapatkan redha Allah. Score bukan kerana peperiksaan semata-mata, tetapi kerana nak buat yang terbaik untuk Allah.

Dalam bisnes.

Berniaga kerana nak kaya semata-mata, atau di samping untuk bantu orang lain dengan produk yang dijual, serta meraih redha Allah.

Dalam bersilaturrahim.

Kita bersahabat dengan seseorang kerana dia kaya, pandai. Boleh bantu kita dalam bisnes. Yang sebaiknya, silaturrahim, agar saling dapat membantu, serta kerana nak dapat redha Allah.

"Apabila sesuatu perkara dipisahkan daripada spiritual, ia akan menjadi beban."

Contoh, andai kita plan dapatkan RM3,000 tiap bulan. Hanya untuk untung semata-mata, tanpa menekankan aspek spiritual. Apabila sasaran itu tidak dapat dicapai, kita akan stress.

Sebaliknya andai kita bersangka baik kepada Allah, insya-Allah kita akan rasa lebih tenang. Kerana kita yakin, mungkin usaha kita kurang. Atau kita kurang berniat nak bantu orang.

"Ujian yang buat kita ingat Allah, lebih baik daripada nikmat yang buat kita lupa pada Allah."



0 Response to "Refresh Niat"

Post a Comment