Jangan Berprasangka

Jangan Berprasangka

















Sebagai usahawan, banyak kerenah pelanggan yang perlu diterima.

Orang berniaga. Banyak kerenah yang akan dijumpai. Hanya yang tegar pada prinsip akan teruskan perjuangan berniaga.

  • Ada pelanggan yang cepat melenting. 
  • Ada pelanggan yang peramah. 
  • Ada pelanggan yang sangat supportive. 
  • Ada pelanggan yang sering berkongsi testimoni. 
  • Ada pelanggan yang sering bagi kata-kata semangat untuk teruskan perkongsian. 

Dalam instagram, ada sahabat berkongsi. Beliau bertemu dengan peniaga yang adakalanya kena terima segala makian, cacian daripada pelanggan mereka yang tidak memahami.

Beliau memerhati peniaga itu (daripada instagramnya). Peniaga itu menjual sesuatu produk yang bestseller. Turut upload ratusan whatsapp yang perlu dibalas.

Oleh sebab berniaga seorang diri, pasti lambat untuk dapat balas ratusan whatsapp itu. Bagi pelanggan yang tidak memahami, dan tidak sabar, mereka akan marah-marah.

Sedangkan mereka tidak tahu, betapa peniaga itu begitu sibuk melayan tiap pelanggan.

Benarlah sukar untuk memuaskan hati manusia. Teguhnya seorang peniaga di jalan perjuangan bisnesnya, adalah kerana prinsip dan visi.

Suka untuk dikongsi satu pepatah,

"Think before you speak,Ask before you judge,Do before you preachAnd say bismillah before you start.Before every action there is a wisestep that should be taken."
Renung pepatah,

"Ask before you judge."

Yakni, sebaiknya sebelum kita menghukum, tanya terlebih dahulu. Agar kita jelas sebabnya.

Contoh, andai pekerja kita lambat selesaikan tugasan.

Tanya kenapa tidak siap? Ada masalah, atau apa-apa yang tidak faham?

Andai sudah berkahwin, isteri pulang lewat. Sebaiknya tanya, kenapa pulang lewat?

Andai telefon sahabat, phone off. Apabila bertemu semula, tanya kenapa off phone. Mungkin baterinya habis. Tak tahu nak charge di mana.

Andai kita bukan sahabat yang memahami, pasti sudah marah-marah.

Allahu akbar.

Oleh sebab peniaga di Instagram, tak mampu melayan kerenah pelanggan yang asyik memaki beliau, beliau kata,

"Kalau u tak sabar, takpe, saya boleh pulangkan duit. Tak bestla. U tak suka sebab saya balas lambat.

Sedangkan saya tak dapat balas semua dalam masa yang cepat.

Saya pun tak sanggup dimaki berkali-kali."


Firman Allah,

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya. Supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan." (Surah Hujurat, 49: 6)
"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan, (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang). Kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan. Dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain." (Surah Hujurat, 49: 6)
Ibrah (pengajaran) yang boleh kita teladani adalah:

1. Apabila kita tahu tentang sesuatu beritahu, sebaiknya selidik dahulu kesahihannya berbanding terima bulat-bulat.

Atau kita berpotensi untuk menyesali dengan keputusan yang kita buat, kerana berita yang belum sahih itu.

2. Jangan berprasangka kerana ia adalah dosa.

Contoh kes peniaga Instagram.

Mungkin pelanggan sangka, peniaganya nak ambil duit, tanpa beri produk.

Sedangkan peniaganya sedang sibuk nak balas tiap whatsapp yang datang.

Insya-Allah sama-sama kita perbaiki diri.


0 Response to "Jangan Berprasangka"

Post a Comment