"Orang kaya kerana banyaknya simpanan, bukan kerana banyaknya pendapatan."
Tak guna apabila kita ada pendapatan RM25,000 tiap bulan, tetapi selepas 3 tahun kita ada simpanan. kurang RM50,000.
Oleh sebab itu, pentingnya ada displin menyimpan.
"Untuk bebas hutang, tidak semestinya mencari duit tambahan, yang lebih perlu adalah menukarkan cara hidup. Mencari duit tambahan kadang kala juga tidak menyelesaikan masalah, kerana masalah utama adalah diri sendiri dan bukannya kos yang ada di luar sana untuk hidup." - Shamsuddin KadirMuslimah Mengajar KAFA - Beli Cash Kenderaan MPV
Apabila kita ada semakin banyak duit, perbelanjaan kita juga akan berkembang. Hasilnya, walau kita ada duit tambahan, kita tetap kosong untuk simpanan. Yang lebih penting daripada wang tambahan, adalah mempunyai displin menyimpan.
Suatu kisah. Seorang muslimah hanya mempunyai gaji daripada beliau mengajar KAFA. Namun begitu, kerana displin menyimpan beliau, muslimah itu berjaya beli cash sebuah kenderaan MPV.
Masya-Allah.
Begitulah pentingnya penyimpanan berbanding pendapatan.
Mahasiswi Simpan RM200 - RM 5 Angka Selepas 3 Tahun
Ada kisah benar. Seorang mahasiswi displin menyimpan minima RM200 tiap bulan. Seperti yang kita tahu, mahasiswi tidak mempunyai pendapatan tambahan, selain daripada duit ibu bapa dan elaun daripada pinjaman pendidikan.
Namun, kerana displin menyimpan, beliau dapat beli sebuah kereta MPV secara cash. Masya-Allah.

0 Response to "Kaya Kerana Pendapatan VS Simpanan"
Post a Comment