Andai kita seorang peniaga, dalam masa sebulan, Allah beri kita nikmat lebih RM100 tiap hari dijana daripada keuntungan produk yang kita jual.
Suatu hari, Allah uji. Hanya RM10 sahaja. Kebiasaan daripada kita,
"RM10 je?"
Sedangkan dalam tempoh 365 hari yang Allah beri lebih RM100, berapa kali kita mensyukuri keuntungan RM100 itu?
Hanya 1 hari Allah uji, kita sudah merungut.
Ketika kita melakukan kebaikan, tidak akan bergerak kita ke arahnya, kecuali dengan izin Allah. Andai kita seorang yang tidak pernah tinggal solat, suatu hari Allah uji, kita begitu malas solat.
Rasa seperti ada energi yang menyapa diri yang menjadikan kita begitu malas, dan berat untuk solat. Pasti, insya-Allah selepas beberapa ketika melalui saat itu, kita merasa enaknya apabila diri melakukan kebaikan.
"Sesungguhnya, jika tidak kerana kurniaan Allah dan rahmat dari-Nya, nescaya tidak ada seorang pun daripada kamu yang bersih. Iaitu bersih daripada perbuatan keji dan mungkar selama-lamanya." - Petikan filem 7 Petala CintaAdakalanya, sebuah pahala lebih nikmat apabila pernah rasa dosa. Sebuah penghijrahan terasa begitu berkesan, setelah kita bertaubat daripada berbuat maksiat.
Adakalanya, mendekati Tuhan menjadi lebih nikmat, ketika kita sedang diuji.
Adakalanya, kita lebih khusyuk, ketika kita sedang berdukacita. Di saat itu, kita memohon pertolongan Allah, daripada hati yang terdalam.
Adakalanya, tawakal lebih efektif apabila kita mengosongkan kemampuan diri. Merasa kehambaan yang tiada apa-apa tanpa-Nya.
Adakalanya sebuah kelebihan akan lebih nikmat, apabila kita pernah berasa kekurangan.
Firman Allah,
"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku, dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai. Dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)." (Surah Al Ahqaf, 46: 15)Allahumma aamiin.
"Sebaik-baik wanita adalah, yang apabila diberi sesuatu, dia bersyukur dan bila tidak diberi apa-apa, dia bersabar, yang menyenangkan hatimu bila kamu melihatnya, dan mentaatimu bila kamu menyuruhnya."
Andai diadaptasi secara umum,
"Sebaik-baik hamba adalah apabila diberi sesuatu dia bersyukur, dan bila tidak diberi apa-apa dia bersabar. Yang sentiasa tenang bila menerima ujian. Yang mentaati Allah, apabila diperintah."
Justeru, lazimi syukuri nikmat yang Dia beri. Atau diam itu lebih baik daripada merunguti nikmat rezeki dari Ilahi.
Dengan bersyukur, Allah tambah nikmat. Andai kufur, nantikan azab-Nya.
Insya-Allah apabila kita mula menghargai tiap nikmat yang Allah beri, rezeki akan semakin deras.

0 Response to "Lazimi Syukuri Diri"
Post a Comment